Thursday, 25 June 2015

MENCARI TUHAN..



Faith atau akidah adalah perkara yang secara fitrahnya ada dalam diri setiap makhluk yang bergelar manusia. Setiap perkara yang berlaku pastinya dikaitkan dengan akidah samada secara sedar ataupun tidak.

Dari seseorang itu dalam kandungan hinggalah matinya dia tidak dapat lari daripada hakikat akidah dalam diri. Buktinya apa?

Lihatlah ~
bagaimana ibu dan bapa menjaga bayi yang masih dalam kandungan?
Bagaimana tindakan ibubapa atau penjaga setelah seorang bayi dilahirkan ke dunia?
Bagaimana pula didikan ibu bapa dan orang sekeliling pada orang yang dikenali?

Tuhan!!
Semuanya tentang Tuhan.
Terima berita gembira à  thanks to God..
Ditimpa musibahà where is the Lord?
Mengharap sesuatu à I beg you oh God?

Sedar tak bahawa akidah kita ini perlu kita jaga bagaikan permata dan delima yang berharga yang kita miliki. Apa agama sekalipun sentiasa berusaha untuk menarik ummatnya ke arah “kebenaran” dalam agama.

Namun~~
Di manakah autoritinya?

Semua agama di dunia ini ada saja pihak yang menyelewengkannya sehinggakan “kebenaran” dalam sesuatu agama seolah-olah tenggelam menyebabkan penganutnya tercari-cari dan ragu dengan “yang di anutinya”. HANYA Islam agama yang dipelihara Allah.

Kerana :
Inna ad-diina ‘inda Allah al-islam

Dalam kalangan umat islam munculnya golongan zindiq, dan pelampau agama yang memberat-beratkan hal yang ringan hingga saling mengkafirkan antara satu sama lain, tetapi keadaan tersebut tidak mampu menenggelamkan kebenaran Islam sebagai agama yang suci.
Sehingga sampai hari ini masyarakat bukan Islam lebih mengenal Islam pada agama Islam itu sendiri dan bukan pada gambaran Islam yang ditunjukkan oleh umat Islam. kerana kejahilan majoriti umat Islam dan keengganan untuk mendalami agama sedang mereka anuti.

Kerana fitrah yang di tiupkan dalam diri manusia adalah mentauhidkan Allah.
Firman Allah dalam surah al-A'raf ayat 172:
وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِنْ بَنِي آدَمَ مِنْ ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَىٰ أَنْفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ ۖ قَالُوا بَلَىٰ ۛ شَهِدْنَا ۛ أَنْ تَقُولُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَٰذَا غَافِلِينَ
Mafhumnya:
 Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini". 

 Hal ini dijelaskan lagi dengan hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Daud:
ما من مولود إلا يولد على الفطرة، فأبواه يهودانه وينصرانه ويشركانه.

Mafhumnya: Tidak dilahirkan seseorang itu melainkan dengan fitrah, ibu bapanya yang membentuknya menjadi seorang yahudi, dan nasrani dan orang musyrik..

Perkataan fitrah yang dinyatakan dalam hadis tersebut membawa kepada maksud mempercayai bahawa hanya Allah sahaja Tuhan yang ada dan wajib disembah. Hadis tersebut juga menyatakan bahawa fitrah tersebut akan berubah mengikut didikan orang sekeliling terutama sekali ibu bapa. 
Satu-satunya agama yang terpelihara dengan pegangan akidah yang satu ini dikenali sebagai Islam.

Autoriti dalam agama Islam terletak pada Al-Qur’an dan al-Sunnah bukan pada pendeta agama mahupun golongan ilmuan. Al-qur’an dan Sunnah menjadi rujukan utama umat Islam dari kerasulan Baginda SAW hingga ke akhir hayat dunia ini. Dengan kenyataan al-quran dan penjelasan lanjut daripada as-sunnah pelbagai ilmu wujud di dunia ini. Ilmu astronomi, sains, matematik, fiqh dan banyak lagi. Jika di amati dengan teliti, semua ilmu tersebut akan kembali kepada konsep tauhid kepada Allah.

Dengan ilmu astronomi, manusia dapat melihat bukti kekuasaan dan keagungan Allah Yang Maha Esa yang telah menjadikan ala mini dengan begitu indah malah tidak dapat diciptakan oleh manusia yang hebat sekalipun.
Dengan ilmu sains, manusia dapat mengetahui proses kejadian dirinya sendiri, mengetahui kelamahan diri dan mensyukuri nikmat Allah yang telah menciptakannya sebagai sebaik-baik makhluk. Satu makhluk yang dikurniakan akal yang membezakan darjatnya dengan makhluk Allah yang lain.
Dengan ilmu fiqh manusia termasuk yang bukan Islam dapat melihat betapa kasihnya Allah kepada hambaNya yang telah Dia ciptakan. Kerana syariah yang memandu manusia daripada membinasakan diri sendiri.

Sungguh!!! Allah tidak pernah dan tidak akan menzalimi para hambaNya. Malah peraturan yang termaktub sebagai syariat adalah untuk memandu manusia ke  arah keredhaan Allah dan kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat. Hukuman yang dikeanakan ke atas penjenayah seperti hudud, qisas dan ta’zir adalah sebagai pengajaran daripada Allah agar hambaNya tidak terus-menerus melakukan kesilapan pada masa akan datang.

Mempelajari ilmu tauhid tidak terhad ketika masih dibangku sekolah atau di majlis-majlis ilmu semata-mata. Malah tauhid adalah ilmu yang diaplikasi setiap detik, setiap saat dan setiap masa. Ini kerana setiap perbuatan dan kelakuan seseorang itu menggambarkan kedudukan tauhid dalam dirinya. Sekiranya tinggi pegangan tauhid dalam diri mereka, tinggi jugalah akhlak yang terpancar dari peribadinya. Sekiranya pegangan tauhidnya lemah, rosak binasalah dan buruk jugalah akhlaknya. Tauhid juga penentu aras keimanan seseorang. Hadis rasul SAW menyebutkan:

Rasulullah saw. bersabda, “Tidak ada pezina yang di saat berzina dalam keadaan beriman. Tidak ada pencuri yang si saat mencuri dalam keadaan beriman. Begitu pula tidak ada peminum arak di saat meminum dalam keadaan beriman.”


Mari sama-sama kita hayati tazkirah ini ^_^
https://www.youtube.com/watch?v=EfIRnw-_9tY



No comments:

Post a Comment