Monday, 28 April 2014

Wahai saudara ku!!~~

Adakah kita rasakan Islam itu sudah sampai tahap kejayaan yang sebenar-benarnya?
Adakah kita rasa kita telah menyampaikan ilmu yg ada dalam dada2 kita ini kepada orang ramai?
Adakah kita rasa kita semua ini telah mengamalkan Islam dengan sebaik2nya dan sesempurna mungkin?

Ya!!!
Islam sudah sampai tahap kejayaan yang sebenar2nya..
TAPI itu berkurun dulu..

Ya!!!
Kita telah sampaikan ilmu yang ada dalam dada2 kita..
TAPI sbnrnya kita cuma sampaikan kepada yang segelintir sahaja..

Ya!!!
Kita telah mengamalkan Islam..
TAPI xpernah berusaha untuk melaksanakannya dengan sebaik2nya dan sesempurna mungkin!!!

Di hadapan kita disajikan dengan pembangunan dan kemewahan..
Ilmu juga diperoleh seperti air hujan yang mencurah ke bumi..xperlu di cari, cuma perlu ditadah..
Hidup dalam keadaan alpa dan asyik dengan indah dunia..

CUKUPLAH!!
Cukuplah dengan kemewahan yang kita kaut..
Cukuplah dengan kealpaan yg menyelimuti fikiran.
Cukuplah dengan keasyikan yang merajai tubuh dan akal..

Keluarlah dari kelompok kekayaan..
Persiapkan diri untuk pergi..
Pergi dari segala kemewahan yg kita punyai..
Tetapkan hati, teguhkan iman, mantapkan akidah..
Untuk kita berkelana di bumi Allah..
Membantu yg lemah, meringankan yang susah..

Ya!!!
Kita akan penat dan letih melakukan semua itu..
kerana DUNIA tempat untuk kita berlumba2 menanam keuntungan AKHIRAT
DUNIA adalah tempat untuk kita menempa RAHMAT ALLAH di AKHIRAT..

Di luar sana ramai yang memerlukan kita..
Di luar sana masih ramai yang kehausan ilmu..
Di luar sana masih ramai yang hidup dalam kekeliruan agama..

Sepanjang usia ini, apa yang telah kita sumbangkan untuk agama?
Sepanjang detik ini, apa yang telah kita berikan kepada umat?
Sepanjang hela nafas ini, apa yang telah kita laburkan untuk saudara seakidah?

Allah Maha Tahu setiap apa yang kita kerjakan!!!!


No comments:

Post a Comment