(riwayat Tarmizi, Bukhari, Muslim, Malik dan Ahmad)
dalam riwayat lain ada menyatakan :
daripada Abu Said Al-Khudri meriwayatkan: "apabila Rasulullah S.A.W. mengenakan pakaian baru, baginda menamakan pakaian itu dengan namanya seperti serban, baju, atau selendang. Stelah itu baginda berdoa, 'Ya Allah1 Segala puji hanya bagi-Mu, sebagaimana Engkau telah memberikan aku pakaian. Aku mohon kepada-Mu kebaikan pakaian ini serta kebaiakn sesuatu yang diciptakan untuknya. Aku berlindung kepada-Mu dari keburukan pakaian ini serta keburukan sesuatu yang diciptakan untuknya.
(riwayat Tarmizi, Abu Dawud, Ibn Hibban dan Ahmad)
selain itu, Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda: "wangi-wangian bagi lelaki adalah wangi-wangian aromanya keras dan warnanya tidak nampak. sedangkan wangi-wangian bagi wanita adalah wangi-wangian yang warnanya nampak dan aromanya tidak menyengat.
(riwayat Tarmizi, Abu Dawud, Nasa'i dan Ahmad)



No comments:
Post a Comment