1. Mengenali Hakikat Hidup Dunia
(a) Hidup di dunia bukan seperti di syurga yang penuh dengan nikmat.
(b) hidup di dunia adalah untuk di taklif dan diuji
(c) dunia adalah persiapan utk menghadapi kehidupan di akhirat.
2. Mengenal diri
(a) Sedar bahawa diri kita ini milik Allah
(b) segala yang dimiliki adalah anugerah dari Allah dan akan di tarik balik bila-bila sahaja oleh Allah, pemilik segalanya yang mutlak.
(c) setiap manusia akan kembali kepada Allah (mati)
3. Yakin Ganjaran Baik Dari Allah
(a) yakin bahawa perbuatan yang baik akan beroleh ganjaran yang setimpal.
(b) pahala dan amalan seseorang tidak akan hilang.
4. Yakin Kepada Pertolongan Allah
(a) yakin bahawa pertolongan Allah tetap ada.
-bendung perasaan resah
- menghapuskan rasa putus asa dalam diri
(b) balasan terhadap orang yang sabar tidak akn dimungkiri
- memperoleh kelapangan selepas kesempitan, kesihatan selepas kesakitan, kesenangan selepas kesusahan, dan kemewahan selepas kemiskinan
-kesudahan yang baik bagi orang yang bersabar
-memperoleh sesuatu yang lebih baik daripada apa yang telah hilang (meliputi dunia dan akhirat)
5. Memohon Pertolongan Daripada Allah
(a) segera berdoa apabila di timpa musibah
(b) merasai Allah sentiasa bersamanya
(c) dapat memupuk tawakkal disamping sabar
6. Mencontohi Orang-orang Yang Sabar
(a) memerhati cara hidup orang lain yang menerima dugaan Allah.
(b) menjadikan kehidupan mereka sebagai pengajaran dan contoh dalam menghadapi dugaan terhadap diri sendiri.
(c) mempelajari dan meneladani sirah para nabi terdahulu
7. Beriman Kepada Qada' dan Qadar
(a) Qada' dan qadar Allah adalah perkara yang pasti.
(b) menerima dan menyerah kenyataan yang berlaku adalah selaras dengan tuntutan akal dan agama.
(c) mengelakkan seseorang daripada bertindak mengikut rasa hati
8. Menjauhi Penyakit-penyakit Penghalang Sabar
- Gopoh dan tergesa-gesa
- Marah
- Terlampau sedih





