Tika hati dijentik duka. Tika jiwa diruntun sengsara. Tika Qalbu dipukul gelora. Muhasabahlah. Cerminlah diri sebagai hamba yg tercipta dari setitis air yg hina. Yang kemudiannya dikembangkan menjadi seorang hamba yang mulia.
Titisan air mata bukan gambaran dirimu lemah,
menungan bukan bererti dirimu lalai,
ratapan bukan lukisan dirimu x mampu berdikari.
SEDARLAH~~
Semua itu fitrah . Fitrah hidup insan bertuhan.
Tahukah dikau bahawa titisan air mata itu mampu membunuh ego yg merajai sekeping hati??
Air mata juga mampu menghapus duka yg melanda jiwa.
Menungan tanda dirimu sdg bermuhasabah dan sedang igt pd Sang Pencipta.
Ratapan itu gambaran keinsafan yang lahir dari iman yang kian bangkit dalam sanubari.
Iman yang x mahu yang empunya diri terus dimurkai Penciptanya.
Tatkala ditimpa musibah, dugaan dan mehnah, titisan air mata, menungan dan ratapan pd Yang Esa sahaja mampu meringankan kekusutan yang bersarang di benak dan fikiran.
TAKKAN KERING AIR MATA KERANA KEINSAFAN, TAKKAN KERING AIR MATA KERANA KASIH PD YANG ESA!!
Buat diri yang baru mengenal erti hidup,
kejarlah, carilah dan gapailah cinta Al-Khaliq, kerana hanya cinta itu yang kekal abadi.
PadaNYA tiada dusta, tiada sengsara, tiada juga derita.
DenganNYA, dugaan terasa manis, nikmat terasa indah, bebanan bagaikan kurniaan.
Hidup xkn pernah rasa kosong dan sepi.
Meskipun DIA tidak mampu kita lihat kini, namun..
Pertemuan yang MENGUJAKAN di alam BAQA' adalah impian terindah!!
Ketahuilah!!
Perjalanan mencari cinta Al-Khaliq itu penuh liku. Tapi...
Hanya mereka yang benar2 ikhlas mencari CINTA AGUNG itu dapat melihat dan merasai betapa indahnya perjalanan menuju ILAHI.
Keindahan yang x mampu diungkap dengan sebaris kata, tidak pula mampu digambarkan dengan bayangan minda..
APA GUNANYA MEMPERSEMBAHKAN CINTA KITA PD MAKHLUK SEDANGKAN KITA TAHU cinta itu bersadur dusta, mengundang derita, menggamit sengasara..
PERSEMBAHAN CINTA IKHLAS PD YANG SATU!!!
Kerana DIA yang BERHAK memiliki cinta hambaNYA..
Kerana CINTA ITU tanda penghargaan kita padaNYA yg telah memberikan nikmat HIDUP, AKAL, ILMU, KASIH SAYA,NG, PERASAAN, KESIHATAN, IMAN dan ISLAM..
"BERHARAP PADA YANG SEMENTARA MENJERUMUSKAN DIRI KE LEMBAH PENDERITAAN..BERHARAP PADA YANG ABADI MENYERAH DIRI DALAM KENIKMATAN"
Bukan maksudku utk menafikan fitrah cinta sesama makhluk. Aku akui cinta makhluk juga indah, SEANDAINYA ia berpaksikan agama, bertunjangkan syariat dan bersandar pd CINTA AL-KHALIQ!!
"siapa aku utk mendamba cinta Agung itu???"
Persoalan itu tidak seharusnya timbul KERANA Allah tidak menetapkan ciri2 hamba yang layak mendamba dan menerima cintaNYA. KITA sebagai muslim WAJIB menjadi MUKMIN yang sentiasa mencari dan mengejar cinta itu.
Rumah tangga yang dibina atas dasar cinta makhluk semata-mata takkan menjanjikan kebahagiaan dan kedamaian hati yang abadi.
Mahligai yang dibina berasaskan paras rupa bagaikan meletakkan telur dihujung tanduk.
Namun, bahtera yang dilayar setelah sang Nakhoda menemui sang kelasi yang teguh agamanya mampu sampai ke destinasi dengan sejahtera. Meski dipertengahan jalan, bahtera yang dikemudi dilambung amukan ombak dan digoncang badai yang melanda..KERANA AGAMA ITU KEKUATAN!!!
" INSAN YANG SETIA PADA AGAMANYA ADALAH MEREKA YANG MENDAMBAKAN CINTA DARI RABBUL 'IZZATI"...
great share..good job my friend.. ;)
ReplyDeletethnx friend..i'm really hope this can help people out there
Delete