Wednesday, 23 October 2013

APA TU?

Anda berminat dengan falsafah??
Nak tau bagaimana pemikiran falsafah seseorang??

jika jawapan anda "ya"..

JEMPUT LAH BACA ^_^

1.1       PENDAHULUAN
Semenjak beberapa abad, dunia telah melalui fasa-fasa peringkat perkembangan ilmu dalam sejarah tamadun kemanusiaan. Pengetahuan mengenai alam dan segala sesuatu yang ada dalam kehidupan telah dikaji bagi mendapatkan keyakinan dan kepastian terhadap sesuatu. Kebangkitan perkembangan ilmu muncul disebabkan adanya kehendak dalam diri manusia yakni naluri ingin mengetahui terhadap sesuatu Allah SWT telah mengurniakan akal kepada manusia untuk berfikir dan mencari hikmah yang terkandung di sebalik semua yang berlaku dalam kehidupan.
Maka di sini ilmu falsafah memainkan peranan yang penting dalam perkembangan ilmu berkaitan kemanusiaan dan kehidupan. Ia merupakan suatu ilmu yang membahaskan perihal konsep kepada sesuatu pemikiran, mengkaji dan seterusnya menyelesaikan persoalan mengikut kaedah pemikiran yang betul. Allah SWT telah menurunkan wahyu Al-Quran sebagai panduan kepada umat manusia dalam membimbing akal yang bersifat terbatas untuk berfikir dengan baik dan rasional.
Walaubagaimanapun, sejarah juga telah merekodkan zaman kemajuan intelektual golongan ilmuwan Barat pada awal era kurun ke-17 hingga zaman kini. Mereka lebih menggunakan kaedah berfikir melalui keupayaan akal dan pancaindera sampai menafikan kewujudan Pencipta dan alam ghaib seperti hari kiamat, syurga dan neraka, alam barzakh dan sebagainya. Ramai tokoh ahli-ahli pemikir dari Barat lahir dan membawa pelbagai teori, idea, dan falsafah tersendiri. Ini disebabkan beberapa faktor yang mengakibatkan kemunculan kebangkitan yang berlaku di Eropah pada kurun ke-16.
Pada masa itu, berlakunya keruntuhan institusi gereja yang sekian  lama menjadi pusat rujukan masyarakat Barat yang hidup pada zaman yang dinamakan zaman kegelapan.  Hal ini kerana falsafah pada mulanya berasaskan agama Kristian di mana gereja menjadi pusat rujukan. Pihak gereja telah membuat pelbagai bentuk penindasan kepada golongan bawahan dengan menekan dan menindas mereka yang tidak berupaya sehingga menyebabkan berlaku reformasi yang dilakukan oleh para cendekiawan Barat bangkit menentang penindasan tersebut.
Dalam masa yang sama, tamadun Islam yang berkembang pesat turut menyumbang kepada kebangkitan Barat dari zaman kegelapan. Ramai ilmuwan Barat datang ke negara-negara Islam dan berusaha mempelajari dan mendalami ilmu daripada golongan ulama Islam sehingga mereka terpengaruh dengan idea dan pemikiran sesetengah tokoh ulama Islam yang terkenal seperti Ibnu Rusyd, Ibnu Sina, Al-Ghazali dan sebagainya. Oleh sebab itu, berikutan ramai dari kalangan ilmuwan Barat menceburi pelbagai ilmu dari tamadun Islam, mereka dapat melihat suasana dunia dengan perspektif minda yang terbuka.
            Perkembangan ilmu pengetahuan telah tersebar dengan cepat di Eropah sehingga lahirlah kemunculan sains. Para ilmuan Barat lebih mementingkan akal sebagai rujukan dalam berfikir dan bertindak. Ini menyebabkan pihak gereja bimbang kerana pengaruh gereja tidak lagi berfungsi kerana masyarakat Barat sudah beralih kepada keupayaan akal dan kemahiran sains sebagai praktikal.
           Sejarah menunjukkan kemasukan falsafah dari zaman Yunani ke dalam institusi kegerejaan banyak mempengaruhi perkembangan falsafah di Barat. Tetapi pihak gereja telah menyalahgunakan peranan tersebut dan menindas masyarakatnya atas nama agama. Maka, apabila ilmuan Barat yang mendalami ilmu kembali ke tempat mereka dan melihat kepincangan yang berlaku oleh pihak gereja dalam masyarakatnya, berlaku konflik di antara pihak gereja dan para ilmuan Barat yang mahu menolak peranan agama dan gereja sehingga runtuhnya institusi kegerejaan pada masa itu.
Konsep pemikiran yang dibawa oleh golongan Barat banyak bertujuan ke arah fahaman kebendaan di mana mereka tidak mempercayai kewujudan yang ghaib. Oleh itu, timbul pelbagai fahaman di kalangan ahli falsafah Barat. Falsafah yang dikenali sebagai falsafah moden mempunyai dua aliran fahaman iaitu fahaman Rationalisme dan Empiricisme.

2.1       LATAR BELAKANG GEORGE BERKELEY
George Berkeley yang juga dikenali sebagai Bishop Berkeley dilahirkan pada 12 Mac 1685 di rumah keluarganya di Dysart Castle, berhampiran County Kilkenny, Ireland. Beliau merupakan anak sulung kepada William Berkeley dan mendapat pendidikan di Kelkenny College. Pada tahun 1707, beliau menyempurnakan pengajian peringkat Master seterusnya di Trinity College, Dublin. Beliau telah berkahwin dengan Anne Forster, anak perempuan kepada John Forster pada tahun 1728. Beliau meninggal dunia pada 14 Januari 1753, yang mana pada ketika itu beliau menjangkau usia 67 tahun. Berkeley merupakan ahli falsafah yang mucul pada kurun ke-18. Beliau adalah tokoh peralihan antara generasi falsafah post-cartesan pertama dan dua orang ahli falsafah terakhir yang dikenali Falsafah Berkeley berjaya mempengaruhi sains moden pada kurun ke-20. Berkeley telah memulakan kajian mengenai asas dan dasar dalam falsafah semenjak beliau masih muda. Pada tahun 1710, beliau banyak menerbitkan penulisannya sendiri. Beliau juga pernah menjadi salah seorang dari Bishop di Gereja Anglikan pada tahun 1734, dan pernah menjadi Bishop Cloyne di Ireland sampai masa beliau meninggal dunia di situ.
            Berkeley merupakan seorang Bishop yang sangat baik, selalu mengusahakan dan membahagikan masa melakukan kerja-kerja amal dan kemasyarakatan seperti memberi dana keperluan kepada mereka dari segi ekonomi, pendidikan dan kesihatan.  Dalam masa yang sama, Berkeley tidak melupakan usahanya dalam meneruskan tumpuan terhadap falsafah dan sempat menerbitkan penulisan-penulisan yang dikaji oleh beliau. Beliau merupakan ahli falsafah Anglo-Ireland terkenal dengan pencapaian utamanya iaitu kemajuan teori yang dipanggil “immaterialisme” dan kemudiannya dipanggil sebagai “idealisme subjektif”. Teori ini menafikan kewujudan material dan kebendaan. Berkeley turut menafikan deria normal terhadap “objek fizikal” yang ditimbulkan. Beliau menganggap bahawa objek seperti meja ataupun kerusi itu bukan suatu kebendaan, bahkan ia adalah idea yang dapat dicapai dan dilihat melalui deria penglihatan. Maka, hasil keputusan melalui pemikirannya ini mendapati sesuatu itu tidak  boleh wujud tanpa dilihat.
Penglibatan George Berkeley dalam bidang falsafah dipercayai dipengaruhi oleh John Locke, Isaac Newton dan Nicolas Malebranche terutamanya dari sudut sains dan matematik. Falsafah beliau seterusnya telah berjaya mempengaruhi beberapa individu lain dalam berfalsafah. Antara individu yang terpengaruh dengan falsafah dan idealisme George Berkeley  iaitu ‘immaterialisme’ ini ialah David Hume, Edmurd Burke, Immanuel Kant dan C. M. Turbayne.
3.1       GEORGE BERKELEY DAN FALSAFAH
Beliau begitu berminat mengetahui tentang falsafah moden dan telah membaca pelbagai buku karya ahli falsafah seperti John Locke, Descartes, Malebranche dan lain-lain. Daripada Descartes, Berkeley mengekalkan kepercayaan bahawa sesuatu itu tidak jelas selagi tidak bertunjangkan pengamatan melalui berfikir. Selain itu, beliau juga mengambil fahaman idea daripada Malebranche yang mana beliau mengetahui sesuatu objek dan realiti yang berkaitan dengan minda, adalah tidak terbatas dan minda merupakan sumber yang mudah difahami. Berkeley juga turut terpengaruh dengan idea Locke, beliau mendapati empiris itu adalah datang dari minda yang berfikir. Daripada kesemua ini, Berkeley mendapati bahawa masalah-masalah seperti gambaran yang kaku, misteri kebendaan yang mana di sebalik semua ini, terdapat sesuatu yang tidak kena melalui apa yang dinamakan sebagai tanggapan.
Semasa menuntut di Kolej Trinity, George Berkeley telah memulakan hasil karyanya yang pertama iaitu An Essay towards a New Theory of Vision. Selepas itu, beliau meneruskan usaha dengan menyumbang pelbagai karya hasil tulisannya sendiri seperti A Treatise Concerning the Principles of Human Knowledge, Three Dialogue between Hylas and Philonous, De Motu, Alciphron, The Analyst dan lain-lain. Prinsip falsafah George Berkeley yang terkenal adalah esse is percipi.
Richard Schacht menyatakan dalam bukunya yang bertajuk Classical Modern Philosophers, penggunaan istilah ‘idea’ dalam karya dan falsafah George Berkeley serta pandangannya tentang sifat idea manusia adalah mengikuti falsafah Locke dalam mempertahankan bahawa segala perkara yang difahami secara langsung atau tidak langsung itu adalah idea yang bertentangan dengan apa sahaja yang menyebabkan kita mempunyai idea yang kita lakukan.  Tiada idea yang terhasil dari pemikiran manusia itu semula jadi dan bukan berasal dari pengalaman persepsi. Oleh itu, pengetahuan itu menjadi suatu fungsi terhadap idea yang manusia ada dan pengetahuan yang berasal atau berkaitan dengan idea yang datang untuk menghasilkan pengalaman.

3.1.1    An Essay towards a New Theory of Vision.

Dalam karya ini, Berkeley sering kali mengkritik pandangan penulis optik, tajuk yang menglibatkan Molyneux, Wallis, Malebranche dan Descartes dalam seksyen 1-51. Berkeley berhujah menentang ulamak klasik optik dengan berpegang kepada dalamnya sesuatu ruang, sebagai jarak yang memisahkan sesuatu yang melihat daripada objek yang dilihat. Berkeley mengandaikan bahawa objek yang boleh disentuh wujud di luar minda tetapi tidak wujud  bagi objek penglihatan.
Walau bagaimanapun, beliau meneguhkan dalam karyanya yang berjudul Principle of Human Knowledge bahawa sebagaimana objek penglihatan, objek sentuhan juga wujud dalam minda. Berkeley mencatatkan perbezaan pada kedua-dua karya tersebut namun masih menekankan bahawa perkara tersebut bukanlah tujuan sebenar beliau dalam sesebuah karya tentang penglihatan untuk menyangkal pandangan yang menyatakan bahawa objek sentuhan wujud luaran daripada minda. Berkeley turut menyatakan bahawa perkara tersebut tidak seharusnya diandaikan bahawa ‘ralat kasar itu adalah perlu untuk mewujudkan tanggapan padanya ditetapkan’. Justeru, beliau menegaskan bahawa kenyataan beliau dalam Essay dan adalah konsisten dengan teori immaterialisma dalam Principles.
            Menurut W. B. Carter dalam huraiannya berkaitan dengan masalah hubungan antara Berkeley dengan karya  New Thoery of Vision And His Principle, tafsiran pertama yang boleh dikatakan ialah strict position atau kedudukan yang tegas dan ia dinyatakan sendiri oleh Berkeley dalam seksyen 3-6 dalam karyanya Principles of Human Knowledge. Dalam seksyen tersebut beliau menyatakan bahawa kewujudan benda-benda yang boleh dirasai dengan deria adalah kerana minda menerimanya. Katanya “apa yang dimaksudkan dengan istilah ‘wujud’ ialah apabila diaplikasi oleh benda-benda yang boleh dirasai oleh deria...”. Berdasarkan kenyataan tersebut, kewujudan sebenar sesuatu benda yang di luar kotak pemikiran tiada kaitan perkara tersebut perlu untuk difahami. Kenyataan tersebut kelihatan sangat tidak bijak.
            Menurut David M. Armstrong dalam ulasannya mengenai artikel Mr C. M. Turbey tentang Berkeley dan Molyneux tentang Imej Retina menyatakan, Mr Turbey berhujah bahawa penentuan objek yang betul daripada pandangan mata dengan imej retina. Dalam hujah tersebut, beliau menyatakan bahawa Berkeley seolah-olah menterbalikkan imej retina dalam New Thoery of Vision yang merupakan konsesi teori semasa.
Berkeley menyatakan bahawa garisan dan sudut yang sepatutnya digunakan untuk menilai jarak dengan menggunakan mata adalah bukan benda itu sendiri yang kelihatan. Gambaran visual yang mengiringi penglihatan manusia diterbalikkan daripada objek sebenar yang dilihat. Tiada sebab untuk menetukan bahawa ia objek sebenar yang dilihat dari pandangan mata kerana ia mungkin suatu bentuk pengiring atau keadaan penglihatan. Selain itu, beliau menyatakan objek yang dilihat sekali imbas oleh mata tidak sama dengan objek yang disentuh dengan sekali imbas.
            Berkeley menafikan apa yang dilihat manusia itu rata tetapi gagal untuk memperjelaskan maksud imej rata tersebut. Walaupun kenyataannya ini tidak tepat tetapi ia hampir benar. Permasalahan tentang sifat rata sesuatu perkara yang dilihat adalah andaiannya terhadap dimensi pokok. Untuk itu, cuma permukaan yang boleh dikatakan sebagai rata atau tidak dan permukaan haruslah permukaan yang mempunyai isi padu, dan isi padu pula mempunyai tiga dimensi. Kemudian Berkeley menafikan tentang penglihatan lanjutan yang merupakan sudut pandang tiga dimensi dengan teguh kepada pendapatnya, objek yang dilihat secara pantas atau sekali imbas adalah gandaan dua dimensi dan hanyalah gandaan dua dimensi yang berbeza tetapi mepunyai persamaan dekat dengan permukaan yang rata. Walau bagaimanapun, segala yang dibahaskan tersebut merujuk kepada maksud perkataan “kanan”, “kiri”, “atas”, “bawah” dan sebagainya yang memperoleh aplikasi primari daripada pengalaman taktual atau taakulan.
            Dalam karyanya yang berjudul The Theory of Vision Vendicate pada perenggan ke 44 Berkeley ada menyatakan, sebenarnya objek pantas dalam penglihatan adalah cahaya, dalam mode dan variasi masing-masing,kepelbagaian jenis warna, dalam kepelbagaian lingkungan atau batasan. Di sini tidak dinyatakan tentang susunan dua dimensi yang dimiliki oleh sesuatu objek. Dari sudut lain beliau menyatakan magnitud atau lanjutan terhadap objek yang dapat dilihat sebagai medan visual yang tidak mempunyai dimensi iaitu bukan tiga dimensi.
The New Theory of Vision merupakan sebuah karya yang menceritakan separuh daripada bahagian konsep immaterialisma kerana dalam karya itu terdapat huraian yang cuba menerangkan objek yang dapat dilihat di luar kotak pemikiran.pandangan ini telah diambil sendiri oleh Berkeley dalam karyanya yang berjudul The Principle of Human Knowledge. Dalam sesetengah bahagian dalam karyanya, beliau menjelaskan bahawa objek pantas dalam penglihatan adalah tidak mempunyai jarak dari diri individu kerana ia berada dalam fikiran.
3.1.2    A Treatise Concerning the Principles of Human Knowledge
Berkeley menyatakan bahawa niat beliau menghasilkan tulian ini adalah untuk membuat siasatan ke dalam Prinsip Pertama Pengetahuan Manusia (A Treatise Concerning the Principle of Human Knowledge) untuk mengetahui prinsip-prinsip yang menyebabkan ketidakpastian, kemustahilan, dan percanggahan dalam falsafah. Dalam karya ini, beliau membincangkan dua topik yang membawa kepada pertikaian. Pertama, beliau mendakwa bahawa minda tidak boleh memahami idea-idea abstrak. Kita tidak boleh mempunyai idea tentang beberapa perkara abstrak yang umum kepada banyak idea tertentu dan predikat yang berbeza dan tidak predikat. Kedua, Berkeley mengisytiharkan bahawa kata-kata, seperti nama, tidak menandakan idea-idea abstrak. Berhubung dengan idea-idea, beliau menegaskan bahawa kita hanya boleh berfikir tentang perkara-perkara tertentu yang telah dilihat (Creery 2001)
            Dalam karya ini juga terdapat istilah “kualiti pertama” dan “kualiti kedua” yang disusun bersama Robert Boyle tetapi perbezaannya dapat dikesan oleh Descartes dan Galileo.  Terdapat petunjuk kepada perbezaan yang berlaku terhadap tradisi epistimologi pada zaman pertengahan. Berkeley percaya bahawa perbezaan ini keseluruhannya adalah palsu dan meneruskan untuk membangkang perkara tersebut dengan kehebatan yang besar. Beliau secara umumnya menganggap target utama dalam menentang perbezaan adalah Locke tetapi perlu dijelaskan bahawa perbezaan yang dinyatakan adalah Hylas dan bukan formulasi Locke yang mana perbezaannya hampir dengan Cartesian (Creery 2001).
            Menurut George Dicker dalam ulasannya menyatakan, Locke mendapati kualiti pertama sebagai  mana-mana objek fizikal mesti mempunyai tidak kira apa keadaan ia di dalam atau apa-apa perubahan yang ia alami. Beliau menyatakan perkara ini termasukalah saiz, bentuk, mobiliti (pergerakan dan pegun) dan nombor. Beliau mengilustrasiakan kenyataannya bahawa kualiti benar-benar tidak dapat dipisahkan daripada tubuh, dengan meminta manusia untuk menggambarkan satu biji benih gandum yang dibahagi kepada dua bahagian, kemudian dibahagi pula kepada empat bahagian dan seterusnya. Katanya, setiap bahagian pasti mempunyai saiz, bentuk, sedikit jumlah ketumpatan mobiliti (yang semestinya nombor selagi mana ia merupakan sebahagian daripada bahan yang terpisah, walaupun ia adalah ganjil untuk dikatakan tentang nilai sebagai qualiti bahagian).  (Creery 2001) 
Walau bagaimanapun, Berkeley mempunyai pandangan yang jauh berbeza dengan kenyataan Locke tersebut. Berkeley menyatakan bahawa kualiti pertama adalah perkara atau idea-idea yang wujud dalam minda seseorang yang melihat atau pemerhati. Idea-idea ini boleh sahaja menyerupai idea-idea yang terhasil daripada minda orang lain atau pemerhati yang lain. Selain itu, ia tidak boleh wujud dalam keadaan yang tidak dilihat, bahan jasadiah atau kebendaan. Kualiti pertama berkaitan dengan angka, pergerakan dan seumpamanya tidak boleh mempunyai pemisah dengan kualiti kedua yang mana ia bersangkutan atau mempunyai kaitan dengan deria. Oleh itu, Berkeley menyatakan bahawa kualiti pertama dan kualiti kedua hanya wujud dalam minda sahaja.
            Himpunan idea umum George Berkeley dan bantahan beliau terhadap teori tentang abstrak idea-idea umum berteka-teki dalam banyak perkara yang berkaitan dan kebanyakan pengulas sangat bermasalah. Persoalan yang mula-mula timbul adalah; apakah kerja yang dilakukan oleh abstrak idea umum terhadap teori immaterialism (Creery 2001).
            Menurut E. J. Craig, dalam seksyen 7-13 dalam The Principle of Human Knowledge terdapat penekanan dalam penyataan dan kritikan Berkeley berkaitan dengan kehalusan dan ketelusan idea abstrak. Jika diketepikan persoalan tentang beliau menilai atau tidak terhadap Locke, didapati bukan satu perkara yang dibantah oleh Berkeley tetapi tiga. Tiga perkara yang dikesan dalam bantahan oleh George Berkeley adalah pertama; pandangan tunggal. Perkara ini menyatakan kemungkinan idea abstrak merupakan idea daripada satu kualiti sahaja. Walaupun kualiti tersebut tidak dapat dimulakan walaupun ada sesuatu yang lain telah memulakannya. Idea-idea yang ada dalam sesetengah perkara dipersembahkan atau digambarkan apabila keluasa keperluan yang lain digabungkan bersamanya atau tidak. Merujuk kepada kenyataan Berkeley itu, E. J. Craig berpendapat, pandangan tunggal itu tidak dapat tidak ia tetap berkaitan dengan sesuatu kewujudan (Creery 2001).
Perkara kedua ialah sifat-sifat yang sama dengan pandangan atau pendapat. Dalam hal ini abstrak idea adalah gabungan atau suatu bentuk pengumpulan idea yang dimulakan oleh setiap penjelasan terhadap sesuatu konsep persoalan. Sebagai contoh, minda memerhatikan bahawa Peter, James dan John berkumpul bersama dalam bahagian bentuk dan kualiti yang lainnya. Hal tersebut memberikan idea-idea yang kompleks dan terkumpul yang khusus untuk mengekalkan sifat-sifatnya. Hal tersebut seterusnya menimbulkan idea abstrak yang mana setiap perkara diambil kira secara sama rata dan mengandungi sesuatu yang sama sifatnya, mengabstrakkan keseluruhannya dan menolak semua keadaan dan perbezaan yang mana ia ditentukan oleh perkara atau sesuatu kewujudan (Creery 2001).
Manakala yang ketiga pula ialah persembahan atau penyampaian secara menyeluruh berkaitan dengan pandangan. Hal ini datang dari seksyen 13, di mana Berkeley menyebut petikan terkenal daripada karangan Locke. Idea-idea abstrak dilihat mengandungi idea daripada keseluruhan perkara berdasarkan keseluruhan misalan dalam istilah persoalan yang umum. Penjelasan yang diberikan tentang idea umum tentang segi tiga adalah, sama ada dalam bentuk segi empat tidak sama atau segi tiga sama, kesannya idea umum hendaklah merupakan idea segi tiga yang mana kedua-dua segi empat sama atau bukan segi empat, yang mempunyai ukuran yang sama atau tidak dan seterusnya (Creery 2001).

3.1.3    The Dialogues of  Hylas and Philonous
Antara karya Berkeley yang terbaik pernah dihasilkan ialah karyanya yang bertajuk The Dialogues of Hylas and Philonous. Karya ini telah diterbitkan pada tahun 1713. Di dalam buku ini, beliau menulis mengenai perihal alasan-alasan menafikan bahawa segala sesuatu itu bukanlah wujud bahkan dari idea semata. Beliau berusaha untuk menyatakan semua kebendaan itu bersifat mental Ini menunjukkan Berkeley mahu menentang material atau kebendaan ini dengan melalui cara diskusi dialog antara dua watak yang dikarang olehnya dalam buku ini.
            Karya ini mengisahkan tentang dua orang yang berdialog dalam mencari sesuatu kesimpulan yang benar dengan membincangkan isu-isu seperti metafizik, kebendaan, visual dan sebagainya. Watak yang ada di dalam dialog tersebut ialah Hylas, sebagai watak kepada orang yang berpengetahuan,dan Philonous, memegang watak sebagai diri penulis tersebut iaitu Berkeley. Menurut Hylas, beliau merasakan pendapat-pendapat yang dikemukakan oleh Philonous bahawa segala sesuatu itu bukanlah hakikat kebendaan.
            Antara dialog-dialog yang diutarakan ialah mengenai soal material. Hylas menyatakan sesuatu itu tidak masuk akal jika ia tidak termasuk dalam sesuatu yang disebut benda. Hylas berpendapat bahawa wujud itu lain dari diamati. Philonous pula menjawab bahawa segala apa yang bernama kebendaan itu adalah hasil daripada pengamatan pancaindera. Contohnya melalui penglihatan, kita dapat mengetahui warna, sinar, bentuk sesuatu objek, dari pendengaran pula, kita boleh mengetahui bunyi, suara dan sebagainya. Kesimpulan ini menunjukkan semua berasal dari pengamatan pancaindera iaitu menganggap dunia ini hanyalah idea sahaja.
            Seterusnya, ada dialog di antara mereka berdua yang membicarakan tentang pengamatan pancaindera. Philonous cuba membuktikan bahawa segala objek itu dapat dicapai oleh pancaindera. Beliau melakukan kajian terhadap air yang panas dan sejuk. Maka di sini, Hylas mengakui dengan membuat kesimpulan bahawa rasa panas dan sejuk itu hanyalah perasaan ataupun dapat dicapai melalui paengamatan pancaindera. Selain itu, perkara yang sama juga berlaku pada isu rasa dan bau. Semuanya bersifat mental.
Diskusi mengenai visual juga ada dibahas dalam dialog tersebut. Hylas berpendapat bahawa sesuatu objek itu dapat dilihat pada suatu jarak yang agak jauh. Contohnya seperti apa yang dilihat dalam mimpi yang mana semua orang mempercayai bahawa itu ia bersifat mental.
            Bahkan, Hylas menyatakan bahawa jarak tidak dapat diukur oleh penglihatan, tetapi melalui hasil daripada pengamatan. Itu antara contoh-contoh dialog yang ada dalam buku tersebutyang membuktikan fahaman Berkeley dalam menentang material dan mengatakan kenyataan bahawa semua adalah bersifat idea.
            Oleh itu, perbincangan antara Hylas dan Philonous ini secara tidak langsung membawa kepada mengetahui hujah-hujah dari golongan empiricisme yang berkonsepkan sumber berfikir adalah pengamatan pancaindera. Berkeley membuat suatu perspektif yang baik dalam menerangkan kefahaman golongan empiricsme melalui karya ini.
            Kesimpulan yang diperolehi dalam dialog ini merumuskan kepada suatu keputusan yang mana Berkeley mempertahankan pendapatnya yang berfahaman idealisme. Beliau menghuraikan masalah antara hakikat kebendaan dan pancaindera dalam sesi dialog tersebut. Secara tidak langsung, ada kenyataan beliau yang mengatakan ada itu sama dengan ada yang ditanggap, maksudnya wujud itu ada sama dengan yang wujud dalam akal fikiran melalui pengamatan pancaindera.
4.1       Rumusan
George Berkeley merupakan ahli falsafah yang lahir dalam abad ke-18 dan merupakan ahli falsafah yang hidup dalam zaman peralihan antara zaman ahli falsafah moden dengan ahli falsafah terkemudian.
            Secara rumusnya dapatlah dikatakan bahawa falsafah Berkeley ini menolak kewujudan seuatu benda yang tidak dapat disentuh dan difikirkan oleh akal. Beliau menganggap sesuatu kewujudan itu boleh dipercayai sekiranya ia dapat dirasai dan disentuh oleh deria.


RUJUKAN
Walter E. Creery. 2001. British Library Cataloguing in Publication. George Berkeley Critical
Assessments. Volume 1, halaman 171.
Walter E. Creery. 2001. British Library Cataloguing in Publication. George Berkeley Critical
Assessments. Volume 11, halaman 45,63, & 135.
Etienne Gilson & Thomas Langan, Modern Philosophy Descartes to Kant. 1968. Halaman
230 & 234
Richard Schacht. Classical Modern Philosophers Descartes to Kant. 1984. Halaman 139.